Program Google Training – Be Internet Awesome SK Agama Sibu

26 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Oktober 2018 (Khamis), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu dijemput oleh Pusat Internet Bandung, Sibu mengadakan Programe Google Training: Be Internet Awesome bertempat di SK Agama Sibu. Program ini berobjektif pendedahan ICT, Wedsite dan eLearning kalangan peserta dimana ia diadakan selama 3 jam dari jam 8:00 hingga 10:00 pagi. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar Tahun 6 yang telah menduduki UPSR seramai 94 orang dan 9 orang guru.

Dalam program ini, peserta telah didedahkan dengan Google dengan tajuk Secure your secret: Password untuk Pengukuhan Kata Laluan (Password) dan juga kerahsiaannya dengan menggunakan https://howsecureismypassword.net/ . Selain itu juga, peserta-peserta juga didedahkan dengan Advokasi bagi membantu peserta menambahkan ilmu dalam keselamatan dalam dunia media masa masa kini. Disamping itu juga, 2 permainan telah diadakan bagi mengukuhkan pemahaman peserta iaitu membina Kata Laluan dengan menggunakan https://howseceismypassword.net/ dan permainan Telefon Rosak, permainan yang mengukuhkan ingatan peserta dengan penyampian maklumat kepada peserta yang lain.

Impak dari Programe Google Training: Be Internet Awesome ini, peserta-peserta menampakan kesungguhan dan keseronokan. Penganjur program Pusat Internet Bandung dan kerjasama antara Pusat Internet Nanga Sekuau, Rantau Panjang, Seduan dan Sibu Jaya amatlah memberangsangkan. Semoga kerjasama padu ini akan dapat dikekalkan dan semoga kita dapat berkerjasama di dalam program-program lain di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali